-->

Luahan Hati Nurani

Sunday, October 9

Kongsi2... Ilmu... ^^


SAKIT TULANG BELAKANG DAN KESANNYA
BAHAGIAN LUMBAR
ORGAN
KESAN
Usus besar, groin

Gangguan keseluruhan pada usus besar
Apendiks, bahagian bawah abdoman, paha
Kekejangan otot kaki, urat-urat timbul di betis, peredaran darah yang lemah
Uterus, prostat, pundi kencing, lutut
Gangguan urin, pusingan haid, mati pucuk, sakit lutut
Prostat, tulang punggung, saraf siatik
Sakit punggung, sakit belakang dan sisiluar peha, betis, kaki, sakit belakang pada bahagian bawah (lumbago), gangguan pundi kencing
Kaki
Kebas, kejang dan peredaran darah

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
ü  Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
ü  Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
ü  Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
ü  Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
ü  Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya.
ü  Masaj bahagian yang sakit dengan minyak, kim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
ü  Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
ü  Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
ü  Selalulah bersenam.
ü  Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infrared, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
ü  Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
ü  Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk, kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
ü  Pnggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.

     PETUA MENCEGAH

Ø  Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
Ø  Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
Ø  Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
Ø  Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
Ø  Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
Ø  Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
Ø  Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
Ø  Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

Ana says: saje ana nk kongsi tips2...nan anda smua..skali skale nk kongsi tips...
anda smua pun bole kongsi bsama ana jgak..jom kongsi2... ^^
Corat Coret by Bintang Dilangit at 2:00:00 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
Bintang Dilangit
Assalamualaikum wbt... marhaban bikum.. Ismi Nurul sakienah... Ana min selangor... Ana hanya insan kerdil yang tidak punyai apa-apa. Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat semua...sesiapa yang sukakan blog ana...bolehlah, tafaddoL..ana mengalu2-alukan kedatangan anda... jdlah FoLLower ana ye... "Sesungguhnya wanita itu hiasan dunia, seindah-indah hiasan adalah wanita solehah" "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya.Mereka berdoa "ya ALLAH, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya ALLAH, janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan pada orang-orang sebelum kami.Ya ALLAH janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami, dan rahmatilah kami,Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir" ~surah Al-Baqarah 286~
View my complete profile

LuahanKU

  • ▼  2011 (31)
    • ►  Dec (2)
    • ►  Nov (8)
    • ▼  Oct (4)
      • ma fi qalbi ghairullah...
      • kotak muzikKU...
      • Kongsi2... Ilmu... ^^
      • hatiku di hatikU...
    • ►  Sept (5)
    • ►  Aug (12)

Time

Followers

Add Me

Ina Azlan

Create Your Badge

Teman peliharaanKU...

InspirasiKu


Inteam - Zikrullah (new Songs 2010)
Picture Window theme. Powered by Blogger.