SAKIT TULANG BELAKANG DAN KESANNYA
BAHAGIAN LUMBAR
ORGAN | KESAN |
Usus besar, groin
| Gangguan keseluruhan pada usus besar |
Apendiks, bahagian bawah abdoman, paha | Kekejangan otot kaki, urat-urat timbul di betis, peredaran darah yang lemah |
Uterus, prostat, pundi kencing, lutut | Gangguan urin, pusingan haid, mati pucuk, sakit lutut |
Prostat, tulang punggung, saraf siatik | Sakit punggung, sakit belakang dan sisiluar peha, betis, kaki, sakit belakang pada bahagian bawah (lumbago), gangguan pundi kencing |
Kaki | Kebas, kejang dan peredaran darah |
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
ü Sekiranya anda duduk, berdiri atau membongkok untuk tempoh yang lama, ubah kedudukan anda setiap 30 minit.
ü Mengamalkan postur (posisi badan) yang baik.
ü Memastikan anda tidur dalam posisi yang betul.
ü Tukar tilam kepada tilam yang lebih kemas yang boleh menyokong belakang anda.
ü Ambil ubat tahan sakit yang sederhana kekuatannya.
ü Masaj bahagian yang sakit dengan minyak, kim atau salap yang dapat menahan sakit atau mencegah bengkak.
ü Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
ü Jika anda gemuk, berusahalah untuk mengurangkan berat badan.
ü Selalulah bersenam.
ü Tuam belakang anda dengan bahan panas seperti botol air panas, tuala panas, dedahan kepada sinaran lampu infrared, untuk kira-kira 15 minit sekali atau dua kali sehari.
ü Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi.
ü Rujuk doktor apabila sakit tidak hilang atau menjadi lebih teruk, kaki anda menunjukkan tanda-tanda lemah, atau anda mengalami masalah mengawal kencing.
ü Pnggil ambulan jika sakit belakang anda disebabkan terjatuh atau terhentak pada bahagian tersebut.
PETUA MENCEGAH
Ø Amalkan postur yang baik dengan memastikan bahagian belakang anda tegak.
Ø Gunakan kerusi yang dapat menyokong belakang anda dengan baik.
Ø Tidur atas tilam yang sesuai (tidak terlalu lembut) dan elakkan berbaring dengan muka ke bawah.
Ø Elakkan daripada duduk, berdiri atau membongkok terlalu lama.
Ø Jangan mengangkat beban yang berat dengan membongkok.
Ø Lakukan senaman terutama senaman yang dapat menguatkan otot abdomen dan belakang.
Ø Jika berat anda meningkat, berusahalah untuk mengurangkannya bagi meringankan beban kepada tulang belakang.
Ø Elakkan memakai kasut bertumit tinggi.
Ana says: saje ana nk kongsi tips2...nan anda smua..skali skale nk kongsi tips...
anda smua pun bole kongsi bsama ana jgak..jom kongsi2... ^^